KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata bagi mengorak langkah Malaysia menggapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi yang bersandarkan nilai manusiawi, pembaharuan fiskal akan ditumpukan kepada penyasaran subsidi dan memperluas asas hasil bagi mewujudkan ruang fiskal yang dapat diagihkan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
"Kerajaan MADANI juga akan menoktahkan gejala ketagihan kepada hutang bagi memulihkan keyakinan pelabur luar," katanya dalam hantaran di laman X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) hari ini.
Anwar berkata langkah reformasi fiskal ini adalah sesuatu yang berat bagi semua pihak, namun usaha ini perlu dimulakan untuk merancakkan semula ekonomi negara yang tidak berkembang sejak lebih 20 tahun lepas.
"Dengan hasil cukai sebanyak 11.8 peratus sahaja daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kerajaan mempunyai ruang terhad untuk melabur dalam aspek pembangunan rakyat dan memberi bantuan sewajarnya kepada golongan rentan dan yang memerlukan," kata beliau.
Semalam, Anwar telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang membincangkan dan meneliti senario terkini ekonomi Malaysia serta unjuran jangka pendek dan sederhana kedudukan fiskal negara.
Beliau berkata dalam mesyuarat FPC tersebut, ahli jawatankuasa senada untuk memperkukuh Pejabat Pengurusan Hutang (DMO) bagi menambah baik pengurusan hutang kerajaan serta memperkemas peranan Pejabat Perhubungan Pelabur (IRO) di bawah Kementerian Kewangan, yang menjadi pusat rujukan utama untuk pelabur pasaran.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour serta pegawai kanan Kementerian Kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Anwar berkata langkah reformasi fiskal ini adalah sesuatu yang berat bagi semua pihak, namun usaha ini perlu dimulakan untuk merancakkan semula ekonomi negara yang tidak berkembang sejak lebih 20 tahun lepas. - Gambar fail
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
AWANI Ringkas: Peguam berhubung dengan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan tidak memeriksa lori milik syarikat itu yang membawa barangan dari kargo KLIA.
Polis kesan lima lelaki bantu siasatan kes gaduh
Polis sedang mengesan lima lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai permainan komputer di kawasan Buntong di Ipoh.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.
ETS beroperasi melalui jadual baharu mulai 1 Ogos - KTMB
KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS akan beroperasi melalui jadual perjalanan baharu untuk semua laluan dengan masih mengekalkan 32 perkhidmatan sehari mulai 1 Ogos ini.
Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi
Laporan penuh nahas helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok.
Pendanaan awam politik kurangkan kes rasuah - IDEAS
Kebaikan pendanaan awam bagi parti politik dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana pihak-pihak berkepentingan seperti syarikat-syarikat besar, individu-individu kaya dan sebagainya yang lazimnya mengharapkan imbuhan daripada derma diberi.
Sikon Remal: Angka korban meningkat kepada 32 orang
Angka kematian susulan Siklon Remal meningkat kepada 32 orang di Bengal Barat dan empat negeri di India.
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
KWAP labur RM3 bilion dalam dana pelaburan syariah
Inisiatif itu bagi menyokong pertumbuhan tinggi syarikat tempatan dan memangkin ekosistem teroka.
Kontrak suami Hannah Yeoh: ‘Pihak bertanggungjawab perlu telus’ - PM Anwar
Anwar menyerahkan kuasa kepada pihak bertanggungjawab untuk siasatan isu pemberian kontrak DRT oleh Kerajaan Selangor.
HAWANA 2024 menutup tirai dengan kejayaan baharu
Persidangan membicarakan 11 topik yang selari dengan temanya, Evolusi Media dalam Era Digital.
Ekonomi Islam perlu sejajar dengan Maqasid Syariah - PM Anwar
Anwar berkata ia juga harus diperluas kepada cabaran baharu industri antaranya sekuriti makanan, sektor digital, AI serta prinsip keadilan.
PM umum peruntukan tambahan RM1 juta untuk tabung Kasih@HAWANA
Perhimpunan wartawan Malaysia ini dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak.
PM Anwar ucap tahniah kepada pelajar SPM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang hari ini dan meminta mereka yang kurang cemerlang agar tida
Subsidi bersasar diesel: Muhyiddin dakwa Anwar tak tahu apa perlu dilakukan
Muhyiddin berkata, ramai yang mempersoalkan kesan penarikan balik subsidi diesel ke atas kenaikan harga barang dan kos sara hidup.